erita, surf internet dan sebagainya. Kita lihat beratus-ratus kes yang menunjukkan guru dibinatangkan oleh segolongan pelajar yang berperangaikan binatang. Kes-kes seperti kereta guru dicalar oleh pelajar, tayar kereta dibakar, kereta disembur cat, guru dimaki hamun, guru di belasah samseng dan banyak lagi bagaikan tidak asing lagi bagi kita. Tidak kurang juga kes para ibu bapa yang menyaman guru kerana dikatakan men”dera” anak mereka yang “baik”. Maka mungkinlah benar statistik yang dibacakan di RTM1 pada Mac09 baru-baru ini yang mengatakan guru paling ramai sakit jiwa. Kenapa???? Kenapa perkara-perkara sebegini perlu berlaku??? Dimana letaknya penghormatan kepada guru??? Di mana letaknya kepercayaan kepada guru???Aku seorang bakal guru, dapat rasakan begitu peritnya dan payahnya memikul tanggungjawab sebagai pendidik. Pengalaman semasa praktikum bahkan sewaktu mengajar adik aku sendiri sangat mengajar aku erti sebenar bebanan yang terpikul oleh seorang insan bernama guru. Aku berasa resah dan tak senang tatkala anak-anak muridku kurang jelas akan pengajaranku. Tidak senang hati keluar dari kelas sekiranya masih ada pelajarku yang tidak faham apa yang aku ajarkan. Tapi alangkah sedihnya aku tatkala mengenangkan kembali berita-berita yang disiarkan yang membabitkan isu isu “pelajar vs guru”. Sungguh sayang sekali, madu yang di beri dibalas dengan racun yang berbisa. Mungkin inilan hadiah kepada guru-guru sebagai mengenang jasa dan pengorbanannya di arena pendidikan.
Setiap tahun, 16 Mei disambut dengan cukup meriah sebagai Hari Guru. Pada tarikh ini, para guru, ramailah pelajar memberikan hadiah kepad
a guru-guru yang diminati mereka. Guru-guru pula tersenyum lebar hingga ke pipi kerana banyak dapat hadiah daripada pelajar-pelajarnya. Sebagai seorang yang berjiwa pendidik, tiada apa yang ku pinta pada 16 Mei ini. Aku tidak inginkan hadiah-hadiah daripada pelajar-pelajarku. Tidakku ingin kad-kad ucapan yang berbunga-bunga ayatnya... Yang kuharapkan cuma para pelajarku menjadi insan yang soleh dan berakhlak mulia. Semoga para pelajarku menjadi seorang hamba Allah yang taat dan patuh pada perintahNya. Sentiasa berpegang pada Quran dan Sunnah. Mempunyai iman yang teguh dan jitu laksana iman para sahabat-sahabat nabi. Dengan itu, aku yakin dan percaya bahawa martabat agama Islam akan kembali tinggi sebagaimana zaman kegemilangan Islam dahulu. Perananku pula, akan berusaha sedaya upayaku untuk mendidik dan membimbing pelajar-pelajar yang berjiwa hamba. InsyaAllah.....



Salam...
ReplyDeleteSaya doakan semoga anda menjadi seorang guru yang dpt mendidik anak bangsa dengan penuh kesabaran dan keikhlasan....amin....
wsalam....
ReplyDeletethanks atas doa kamu tu...
sama la jg dgn kamu....
smga sntiasa sabar n ikhlas dalam amalan dan perbuatan. semoga sentiasa dirahmati Allah.