Friday, May 15, 2009

WALAU APAPUN ERTI CINTA......

Apa itu cinta???
aku sendiri xtahu apa sebenarnya CINTA.
setiap org ada perasaan CINTA...
CINTA tidak mengenal usia....
tak kira tua atau muda,
zaman REMAJA boleh dikatakan zaman CINTA.
Para remaja tlalu gilakan CINTA.... Sgt GHAIRAH dlm berCINTA.
begitu juga dgn aku yg sememangnya begitu mendambakan CINTA....
CINTA itu anugerah dari Allah....
CINTA itu......Fitrah.
bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang.
itu adalah fitrah. cuma tundukkan naluri itu utk patuh pada perintah Allah.
jadilah manusia yg sihat pada nalurinya.
dan jadikanlah CINTA itu CINTA LUAR BIASA!!!
sahabat-sahabatku sekalian.....
mari kita renungkan sajak ini.....


CINTA LUAR BIASA

Cinta luar biasa...
Cinta seorang kekasih kpd umatnya
Hingga pd hembusan nafasnya yg terakhir
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti
Ummati.. ummati.. ummati...

Cinta luar biasa...
Kisah cinta Handzalah
Meninggalkan isteri di malam pernikahan
Lantaran menyahut seruan jihad
Akhirnya syahid di medan perjuangan

Cinta luar biasa...
Seteguh kasih Khadijah
Tak pernah jemu memberikan sokongan
Rela mengorbankan segala kemewahan
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan

Cinta luar biasa...
Kisah kesetiaan Abu Bakar
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan
Insan yg sentiasa membenarkan
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan

Cinta luar biasa...
Kisah ketabahan Hajar
Ditinggalkan di tanah yg gersang bersama Ismail
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil

Cinta luar biasa...
Umpama keberanian Ali
Di malam penghijrahan Nabi
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya
Walaupun jiwa menjadi taruhan

Cinta luar biasa...
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumayyah
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah
Iman di dada tak sedikit pun goyah
Kerana keyakinan yg teguh atas segala janjiNya

Kisah cinta luar biasa...
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa
Redha dan sabar menempuh segala ujian
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman
Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??





Ya Tuhan kami...Beri keampunan kpd kami dan saudara2 kami yg tlh beriman lbh dahulu dr kami, dan jgnlah Engkau membiarkan perasaan hasad dlm hati kami terhadap org2 yg beriman... Ya Tuhan kami...Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.. (al-Hasyr: 10)

2 comments:

  1. Renungan bersama....

    Berkata Imam Nawawi...

    "Aku mencintaimu kerana agama yang ada dalam dirimu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu".

    Riwayat Imam Nawawi....

    Disakitkan-Nya kita sekejap tapi cepat2 disembuhkan-Nya. Disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula. Itulah belaian-Nya. Dimarahkan juga kdg2 kerana sayang, namun tidak lama kerana kasih-Nya. Dipohon-pohon kpd-Nya utk meminta itu dan ini, Tuhan amat melayani hamba-Nya, tapi si hamba tidak peduli langsung!....

    ReplyDelete
  2. Syukran jazila....
    renungan n kate2 yg amat bermakna...
    itulah kita yg sbenarnya....
    hanya ingat pdNya kala susah,sakit dan tika hendakkan bantuan shja.
    tika senang,sihat,lapang....
    Dia kita lupakan.... nu'uzubillahhin min zalik!

    ReplyDelete